Monday, June 14, 2010
Outing @Pantai Merdeka
Sepatutnya entry ini ditulis dua hari lepas tetapi disebabkan terlalu sibuk dan letih, sekrg baru aku berkesempatan utk melakukannya. Semenjak Emil berada kat rumah aku, belum pernah aku bawa dia berjalan2 ke mana2. Semuanya krn kesibukan aku dan husband. Setiap hari kami balik lewat, adakalanya ketika sudah hampir maghrib. Jadi weekend yg lepas, kami telah ke Pantai Merdeka, the only attraction yg ada kat Sg Petani ni. Cadangan awal nak ke Penang terpaksa ditangguhkan krn air-cond Gen 2 ada problem.
Pantai Merdeka pun is not that bad sekrg. Berbanding dgn kali terakhir aku datang ke sini kira-kira 8 bulan lepas, dah byk perubahan yg berlaku. Kiranya tak malulah nak bawa org luar ke sini cuma air lautnya mmg kotor. Disebabkan itu aku dan husband melarang keras Emil, Wildan dan Wafriy dari mandi kat situ. Mereka cuma dibenarkan bermain air kat tepi pantai saja. Yg hairannya masih ramai yg mandi-manda kat situ bersama anak2 mereka sedangkan begitu ketara air lautnya sangatlah kotor dan banyak sampah-sarap.
Apapun, Emil dan juga anak2ku npk sgt enjoy. Kami pulang pada waktu tghari dan lunch di RFC
(another attraction in SP). Pada sebelah petang, aku dan mama membawa ketiga-tiga hero ni ke Tesco Extra kerana mama nak belikan mereka toys. Walaupun aku dan mama dah mula merasa letih dan penat kerana berjalan seharian, ketiga2 hero ni tetap aktif dan ceria. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan tanda mereka letih atau mengantuk walaupun ketiga2 mereka bangun awal pada pagi tersebut. Macam tu lah budak2 kan.
p/s: Pantai Merdeka mengingatkan aku pada kenangan bersama arwah Mak. Beberapa bulan sebelum kematiannya, kami sekeluarga membawa Ba dan arwah ke sini dan aku sempat menolak arwah di atas wheel chair bersiar-siar di tepi pantai. Arwah kelihatan sgt gembira ketika itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
What say you?