Saturday, June 5, 2010
New Wafriy
Wafriy sekrg memang suka sgt menonton VCD Ultraman. Setiap petang selepas balik ke rumah, dia akan minta kami pasangkan VCD Ultraman kat family area di tingkat atas dan dia akan menonton dgn asyiknya. Dulu mmg susah nak tgk Wafriy menonton TV atau VCD, sepanjang masa dia asyik nak berkepit dgnku. Mungkin juga dia mengikut sifatku yg memang krg gemar menonton TV sejak dari kecil lagi. Dulu aku dan husband risau sgt dgn perangai Wafriy yg terlalu manja dan tidak mempunyai minat yg khusus. Berbanding Wildan yg memang dah terdedah dgn Barney, Playhouse Disney Channel dan pelbagai lg sejak kecil, dunia Wafriy adalah disisiku. Di mana aku berada, di situ jugalah dia ada. Aku ke dapur, dia juga akan bermain di dapur, aku sembahyang, dia akan bermain di tepiku sehingga aku selesai sembahyang. Di dalam kereta pun dia akan duduk di atas ribaku sehinggalah baru2 ini aku bertegas mengatakan 'selepas birthday Wafriy yg ke3 ni, Wafriy dah tak boleh duduk atas riba Ibu di dlm kereta, Wafriy kena duduk di belakang dgn Abg Wildan". Walaupun npk dia keberatan, dia akur juga dgn permintaan aku dan husbandku ini.
Baru2 ini ketika aku bersiap2 nak bawa Wildan ke klinik, aku agak terkejut apabila Wafriy langsung tidak merengek utk mengikutku spt kebiasaannya. Dia begitu leka menonton VCD Ultraman tetapi sempat berpesan " Ibu pi baik2 tau".
Dah besar dan dah boleh berdikari rupanya anak aku ni tp kenapa ya aku merasa rindu utk sentiasa memeluk, mendukung dan berkepit bersamanya seperti dahulu????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
What say you?