Saturday, June 12, 2010

Kejutan yg mengejutkan



Tak sangka dan tak percaya. Suamiku betul2 membuat kejutan yg membuatkan aku benar2 terkejut dan sangat2 terharu. Suamiku ini bukanlah jenis yg jiwang dan romantik gila. Nak dgr dia cakap I Love You pun susah jugaklah, kadang2 aku yg akan tanya dia adakah dia sayangkan aku. Jawapan standard suamiku,"cinta dan kasih sayang tak perlu diucapkan, cukuplah dgn perbuatan yg kita tunjukkan". Dan sememangnya dia telah membuktikan kasih sayang dan cintanya yg tak berbelah bahagi padaku dgn menjagaku dan anak2 dgn begitu baik selama ini. Malah ketika aku sakit pun, dia lah yg setia di sisiku, menemani dan menjagaku dgn penuh kasih sayang.

Tp apa yg berlaku kelmarin ketika KMPP Toastmasters demo Meeting dijalankan betul2 mengejutkanku. Ketika facilitator memberikan tajuk impromptu speech utk setiap peserta menyahut cabaran bercakap di hadapan selama 2 minit yg bertajuk 'message that you would like to convey to your spouse', suamiku dgn spontannya telah mengangkat tangan dan terus ke depan utk bercakap. Suasana kat dewan ketika itu menjadi bising dgn sorakan dan gelak tawa pensyarah2 lain termasuk pensyarah2 sains dan matematik.Aku memang terkejut dan dalam masa yg sama rasa sedikit malu krn perhatian yg diberikan oleh seluruh dewan padaku.

Menurut suamiku di dlm speech tu, dia berterima kasih padaku krn aku sentiasa memberi sokongan pada dia dalam apa jua yg dia lakukan. Yg kedua, suamiku berkata aku membantu dia utk melihat setiap benda dari sudut yg positif dan belajar utk menghargai org lain di sekeliling dia.Yg terakhir sekali suamiku memberitahu yg dia sgt menyintaiku dalam apa jua keadaan sekalipun dan dia berpesan kpd semua yg ada di dewan itu supaya jgn lupa mengucapkan rasa cinta kpd pasangan kita krn mereka perlu mengetahuinya. Seluruh dewan bertepuk tangan apabila suamiku selesai memberikan ucapan pendek tersebut.

Memang aku sgt tidak sangka dgn keberanian suamiku ini. Namun aku sangat2 terharu. Rasanya tidak perlu lagi aku mempertikaikan kasih sayangnya padaku. Mungkin adakalanya dia agak serius dan sgt komited dgn kerja dan urusannya membuatkan aku merasa sedikit terabai. Tapi aku tahu aku sudah semakin menerima hakikat bahawa cinta sejati itu tdk perlu diucapkan sentiasa di mulut dan tidak perlu dizahirkan dgn kiriman bunga dan sebagainya tetapi apa yg lebih penting ialah perbuatan yg membuktikannya.

Terima kasih suamiku sayang. Aku juga sgt menyintaimu sepenuh hatiku.

1 comment:

What say you?